Sunday, November 29, 2009

DIa Ayahku....

Aku di buai resah..semalaman berfikir tentang perkara yang tak logik di akal.Kata-kata itu sememangnya benar-benar menusuk segenap ruang hatiku. "Perempuan sombong! Mentang-mentanglah lawa...Heiii ingat sikit yang engkau tu anak luar nikah!!" Aku memandang tanpa berkelip ke arah budak lelaki yang tak asing kesamsengannya kat sekolah ini. "Apa maksud kau? Janganlah fitnah aku yang bukan-bukan hanya sebab aku tak layan kau!." Sindiran yang ku kira tak terlalu pedas membuatkan lelaki itu terkulat-kulat.Liya di sebelahku tersenyum mengejek. Lelaki itu nampak tak sabar. Berang dengan tindak balas yang diterima. "Marisa, aku tak tipu kau lah.. Kitakan sekampung.semua orang tau yang kau anak luar nikah. Cuma diorang tak nak bising sebab hormat kat mak engkau sebagai ustazah. Lagipun, engkau dan adik kau tu pernah ke jumpa bapak kau?" Lantang lelaki itu bersuara. Aku terdiam. Menafsir setiap kebenaran kata-kata lelaki itu.Dia tersenyum melihat reaksi aku yang tidak seberani tadi. "A'ah la Marisa. Aku pernah dengar hari tu ayah aku cerita kat mak aku, dia kata lelaki yang mengandungkan kau dan adik kau tu pembunuh!!" Sampuk Loqman, teman sesamseng Iqbal.Derai ketawa mereka pecah. Mataku berkaca menahan sebak di dada. "Heiii.. jaga sikit mulut korang tu. Aku report kat cikgu disiplin nanti yang kau buli Marisa." Bicara Liya dengan penuh ketegasan. Dia kemudiannya menarik lenganku dan kami berlalu pergi. Meneruskan perjalanan pulang yang terkandas. "Kau jangan fikir yang kau tu anak kesayangan cikgu, kau boleh report kat cikgu.. Nahas kau nanti!' Kata-kata amaran seperti itu sememangnya telah terlalu biasa aku dengar. Kami terus mengatur perjalanan. Dan akhirnya, air mataku tumpah jua. Perlahan-lahan aku menyekanya supaya tidak terkesan oleh Liya, sahabat dunia akhiratku. "Mar, kau jangan dengar cakap si Iqbal tu. Kau bukannya tak tau yang dia sakit hati sebab kau tolak cinta dia." Aku mengangguk sebagai tanda memberi respon.

Read More>>



Related Posts with Thumbnails

Kisah Punch Card...

PUNCH CARD --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang
biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau
kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card
tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos
then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic
jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh
kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat
opis..


TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong
punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah
baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..

Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la
Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on
da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas
tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat
tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke
kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang
tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada
dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan
dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah
tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku
dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi
skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then
anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan
korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape
nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak
mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo
kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari
keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah..
kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah
melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua
cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti
susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume..
jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita
mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga
kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak
famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat
macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali
pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla
diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next
time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then
jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la
time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti
ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..

p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm
tuh lg.. sbb sebelom ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan
beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat
lawat arwah sebelum dikebumikan. . terasa macam.. ish ape yg dah aku buat..
rasa bersyukur sangat sbb sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat
ngan pape accident dan org yg aku tlg tuh selamat sampai.. kalo aku pon kena

mcm tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi...


Related Posts with Thumbnails

Rahsia Seorang...

Setelah lama menghilang dengan koleksi cerpen2..
hehehehe.mari membaca sama2 yea....




"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik."Assalamualaikum…"ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut."Wa..alaikummussalam.."tergagap Indah menjawab.Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju."Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye.."Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.Indah hanya angguk.Abang??Hurm..Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…Indah jadi canggung.Aduh..nak buat apa ni?Takkan naki berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.Pantas Indah


Related Posts with Thumbnails


Hebat!!!


Meh kita baca cerita dlm link ini.
hehehehe.bukan propaganda atau apa2...tapi melalui jln penceritaan nya..
hebat!


Huhuhu...kepada yang mengenali.....dan xkenal...beliau masih hidup dan segar sekarang.
malah menjalani kehidupan seperti biasa...hehehe.


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 26, 2009

Subhanallah.....

Terkejut saya tengok gambar2 ini...selalunye kita hanya akan melihat dari dlm kaca tv da dibungkus xnmpak keadaannya...kenapa laa ada manusia yg begitu zalim...kejam sebegitu..

snuffxdotcomabandonedbag.jpg
snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedbak.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedbam.jpg
snuffxdotcomabandonedbal.jpg
snuffxdotcomabandonedbac.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedbaf.jpg
snuffxdotcomabandonedbap.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg


Insaflah wahai manusia..jangan jadi seperti haiwan.apa dosa anak kecil ini????


Related Posts with Thumbnails

Monday, November 23, 2009

Celcom atau SUCKCOM...


Uwaaa..lagi sekali aku kena block xtentu pasal.sebab....aku amek pakej exec 50 1+5..
so dlm pakej tertera call 20hour free to supplimentary 2000 msg free to supp.
sebelum ni aku xda masalah tapi selepas celcom dengan bodohnye downgrade system mereka..
maybe sebab minyak kot..diorg ikot minyak RON95 kot sekarang sebabtu downgrade system trus aku menerima masalah yang macam cilaka ini.kenapa laaa aku tersangkut ngn celcom lg........aku kne tggu ujung bulan dlu baru aku boleh turn clear kn dlu semua baru leh switch number.

Nk tao kenapa aku berada dalam perangkap sekarang ni???aku nye credit limit RM150...sebab aku xpnh pakai lebih dari itu...so masalah nye system mereka semakin bodo untuk buat pengiraan.sebab kalau aku guna 20jam yang dikatakan free tuhh....automatically aku akan kene block.
sebab call antara aku n supp no aku adalah 15sen per minute. so 20jam = 1200minit
Call Rate 1200 x 15sen = RM180
Msg Rate 2000 x 12sen = RM240
Jumlah = RM420
so automatik aku akan kne block ble2 masa pn...ble aku tnye knpa
jawapan diorg sebab system prob...shit laa u celcom!!!so klu nk lepas sekatan aku kne make some payment..yg akan return dalam masa 4 hingga bulan....bodo macam babi x???
what kind of package it is??
so sementara nk tunggu close bill aku terpaksa byr jumlah yg xsepatutnya aku byr..
ape cerita ini???sorry laaa celcom...aku ni customer yang sangat2 kecewa dengan servis bodo anda ini..system bangang anda ini.....


Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 22, 2009

Pakej Photography..

Hehehehe..sempena musim kahwin ni laa kan...so saya ingin memberi pakej2 perkahwinan ataupun Pakej Fotografi untuk anda..



So anda Boleh klik untuk ke website itu atau pun boleh ke www.irwanmusa.com
untuk sample gambar.



p/s: Nak kawen lari pn Ade k!


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 19, 2009

E - Al-Quran..

KLIK DI SINI.

http://www.quranfla sh.com/en/ quranflash. html


Salam untuk semua.

Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.
Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu,
boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni
& siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.



Tak payah beli quran.
Tapi jangan langkah komputer ni.Buatlah macam senaskah qura'an juga.
Kalau pun malas nak ambil qura'an atau
Untuk kaum perempuan kalau yang datang haid tak menjadi masaalah.
Sekurang2 nya kalau di pc ni boleh klik saje.


Related Posts with Thumbnails

Siapa Nak????

Kami mencari sekumpulan peserta yang berminat untuk menyertai Focus Group Discussion (FGD).
Focus group adalah satu kumpulan perbincangan yang biasanya akan diadakan selama 1 jam. Anda bersama 7 peserta yang lain(yang mempunyai latar belakang yang hampir sama dengan anda) akan berada dalam satu bilik mesyuarat di mana seorangmoderator focus group akan mengetuai perbincangan tersebut.
Di sini, anda akan berbincang serta bertukar - tukar pendapat sesama peserta tentang rancangan TV yang anda sangat minatiserta maklum balas anda terhadap rancangan TV yang baru keudara.
Diakhir perbincangan tersebut peserta akan menerima wang tunai RM 100 sebagai tanda penghargaan kami diatas kesudian anda menyertai perbincangan tersebut.

Kriteria yang kami cari :

1) Penonton Astro

2) Umur : 30 tahun hingga 45 tahun

3) Jantina : Perempuan atau Lelaki

4) Bangsa: Melayu

6) Menetap : Melaka

5) Tarikh: 5 Disember 2009

7) Masa: 12pm - 1pm atau 3pm - 4pm

8) Tempat: Salah sebuah Hotel di Melaka (akan diberitahu selepas ditetapkan)

9) Token: RM100

Mereka yang berminat sila hantarkan maklumat anda SECEPAT YANG MUNGKIN :

-Nama

-Umur
-Nombor telefon
-Pekerjaan

-Senarai saluran yang ditonton


P/s: Sebarang pertanyaan anda boleh emelkan kepada saya: seilpaka@gmail.com


Wednesday, November 18, 2009

Bye - Bye To My SuckCOME aka Celcome..



Yeah...finally...hehehe..nk turn jd orang kuning pulak larh...rasanya.sebab celcom servis macam bodoh je aku rasa.how come a big company give me a unacceptable reason that was because our system not stable yet sir!! ey blue....my money nots for your unstable system larh....
servis macam bodo..intermittent taking two days..than ask me for RM200 for nothing..
really disappointed with this blue service..
Logik kah anda selama semggu saya xbuat mana2 panggilan dan hanya sms start bill saya jumlah nya RM240????dan block my number.after i call...die cakap baru received my payment RM 100.
jd ada baki lg RM140.....aku xguna laa bodoh!!!aku bz for the whole week.
paling lama aku buat panggilan pn dalam 5minit.1 mggu cecah RM140...klu 1bulan mau seribu bill aku...mati aku nk byr kt ko celcom.....xleh g haji aku cmni...Wakakakaka.system nasib aku bukan baran sangat laaa..ok laa..still considered..sorry for customer service that i call yesterday no intention to scold u at all but im really surprising of the amount....the reason is unstable system..how come..your shit system unstable so im suffering paying you without using it...
owh my god......
shitting on me yeah that blue..BODOH aku ingat aku nk tolong ORANG MELAYU SENDIRI!!!
tapi xpandai nk jaga Customer....
now that's the time......

TURNING or JUMP SHIP to i'll follow u....let me try for 3month if ok.
i would write an article for DIGI...without any influence from yellow man ok?
hahaha..



SAY NO TO CELCOM!!!!!



Tuesday, November 17, 2009

Siot Betoi!!

astaghfirullah....ketika musuh2 Islam merosakkan akidah umat Islam dengan perkara2 yang melalaikan dari landasan Iman dan Islam, kita sebagai Umat Islam masih berdiam diri sahaja...

Lihat la KEDURJANAAN MUSUH2 ISLAM ini wahai saudaraku seIslam sekalian,

Jahat Punye YAHUDI...

pelbagai cara yg digunakan oleh MUSUH ISLAM untuk menghina AGAMA ISLAM...sehinggakan dgn berani menTATTO kan kalimah ALLAH n MUHAMMAD di bdn "mereka"..nauzubillah..astaghfirullah..

Bangkitlah wahai Umat Islam!! tentang MUSUH2 ISLAM yang sememangnya nyata memusuhi Umat Islam!! Allahuakbar!!

Thursday, November 12, 2009

Lawak Pening..

__
__

Cerita berantai
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Pemalas!!

__
__


Kampung rajin
ada masa dahulu, ada sebuah
kampung dimana semua rakyatnya amat
RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

Ayah Telipon..

__
__

Che : "Hello?"

Ayah: "Hello sayang! Ayah di sini. Mama mana?"

Che : "Mama kat atas dengan Pakcik Atan."

Ayah: "Pakcik Atan? Mana kita ada Pakcik Atan?! Cuba Che naik atas
cakap kat mak, Ayah sampai kat rumah lima minit ni!"

Che : "Ok. Tunggu sekejap."

Tak lama kemudian.....

Che : "Ayah, bila Che beritau mak Ayah nak sampai, mak lari lintang pukang
dalam telanjang bulat, terkena simpul kat carpet, terus terhentak
kepala kat buncu meja. Sekarang lansung tak bergerak!"

Ayah: "Hah! Habis Pakcik Atan tu macam mana pulak?

Che : "Pakcik Atan pun lari lintang pukang sambil telanjang bulat juga. Dia
terjun dari tingkap terus ke dalam kolam renang. Tapi dia lupa Ayah
baru servis kolam itu dan belum diisikan balik airnya. Dia jatuh
kedekup kedalam kolam renang itu. Dia pun dah tak bergerak dah.

Ayah: "Hah, padan muka! Tapi Che..... kolam renang? .......rumah Ayah tak
ada kolam renang?!! Ini bukan 5522-3682? Alamak salah nombor!"

No Idea....



Har..har..har..I have no idea with those picture...either edited or not..














Kasi Taruh Gam..

__
__

Pada satu masu dahulu, ada dua kawan baik yang bersekolah bersama-sama. Kawan yang Melayu tidak lulus peperiksaan, lalu berhijrah ke kampung untuk bercucuk tanam mencari nafkah. Kawan yang Bengali pula lulus peperiksaan dan akhirnya berjaya menjadi doktor di bandar yang sama.

Kawan Melayu itu, tak lama kemudian berumah tangga dan hidup bersama-sama isterinya di rumah pondok di kampung. Kawan Melayu ini lurus bendul, tak tahu menahu apakah tugas suami di kelamin. Jadi setelah sekian lama kahwin, isteri kawan Melayu itu mula menonjolkan aksi-aksi yang ghairah untuk memikat nafsu suaminya itu. Semuanya tak berhasil. Jadi pada suatu hari, isterinya telanjang bulat di atas katil menunggu suaminya pulang supaya dapatlah memberahikan suaminya itu.

Apabila suaminya balik dari berkebun, di bukanya pintu rumah dan ternampak isterinya yang telanjang bulat itu. Terperanjat besar suaminya itu, lalu dia bergegas-gegas lari ke bandar untuk mendapatkan kawan Singhnya yang doktor itu.

"Singh, Singh, lu mari ikut saya balik ke rumah saya. Saya punya isteri ada lubang besar. Lubang itu saya mahu lu jahit."

Singh itu tak tahu menahu apa ceritanaya tetapi ikut saja kawannya itu sampai balik ke rumah pondok tersebut. Apabila buka sahaja pintu rumahnya dan terlihat isteri kawannya itu telanjang bulat kat katil, Singh itu sudah faham segalanya apa yang dia perlu buat.

"You duduk saja di luar. Jangan masuk sampai saya sudah habis kerja"

Kemudian Singh itu masuk kedalam pondok itu, di kuncinya pintu itu dan terus berasrama dana dengan isteri kawannya tersebut. Isteri kawannya tak membantah kerana lama ketandusan nafkah batin. Kawan Melayu itu mendengar dari luar segala Ooh! Aah! dan lain-lain jeritan orang melepaskan nafsu, tetapi betul-betul percaya akan kawannya itu.

Akhirnya apabila sudah selesai 'kerja' nya itu, Singh itu pun keluarlah dari pondok itu. Maka kawan Melayu pun lari masuk ke dalam untuk melihat isterinya, tetapi sekejap saja lari keluar mendapatkan kawannya Singh itu.

Mula-mula Singh itu panic, tapi tenang kembali apabila kawan Melayu itu marah dia , "Celaka punya Singh, saya suruh jahit, lu taruh gam!"

Saturday, November 7, 2009

Gol-Gol Cantik...

__
__
1stly...Minta maaf abe2 kakok2....kawe xdop niat nk nyinggung...tapi dari awal lg da leh bajet dh..
sek2 klate over excited benar....pah xleh trimo bilo kaloh..jange gtu abe....
xsedap kawe tgk...wat malu ke Tuan Guru jaa sikap sek2 klate nehh...
be careful bro....jangan over sangat sampai baling macam2....kalah dan menang takdir dan ketentuan sesungguhnya bola itu bulat.xsiapa dapat mengjaka ia akan berputar ke arah mana.yang penting kita dah berusaha...sikap2 Fans kelantan amat mengecewakan kali ini....
Don't be too ridiculous bro...
C&C




p/s:C&C = comment and critic.

Boss Yang Sengal....

__
__

i kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar.
Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas,
bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu.
So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang
tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI KAU SINI.
KALAU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.

Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham. Sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula
ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg hantar pizza, tak keje sini pun".

Wednesday, November 4, 2009

Kuntilanak...

__
__

Cerita hantu budak TM, tak tau betul ke tak..
From: Asrul Effandi Sent: Friday, October 30, 2009 8:59 PM
Td pergi ibusawat sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?
Tangkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapkah dia?



credit:isuhangat

Pontianak Sengal....

__
__

As mentioned, aku ni suka merapu. Ni ada satu kisah perjumpaan 3 ekoq pontianak di kawasan R&R di tepi Hiway .. ehehehe. Well, maybe ramai dah tau kisah ni .. dan maybe dah ada lam thread. I dunno .. tapi, hantam saja la, ek?

Pontianak2 ni kita namakan A, B dan C. Semasa perjumpaan tu, biasa la, each tries to out-do the other dengan cerita dan kisah masing2 .. biasa la kan? Kita manusia pun camtu gak.

Anyway, depa pun setuju untuk membuktikan sapa yg paling kejam dan terer antara ketiga2 mereka itu dengan memberi masa setengah jam untuk membunuh manusia.

Giliran pertama, Pontianak A. Dengan secepat kilat dia terbang menuju ke kawasan R&R .. selepas 30 minit, pontianak A pun terbang balik dengan mulut penoh ngan kesan darah

Pontianak A: Nkorang nampak kawasan R&R tu?

Pontianak B & C : nampak .. nampak ..

Pontianak A: habis 22 org aku dah bunoh!!

Pontianak B: 22 org jer? Nkorang tunggu sat .. tgk aku nyer terer!!

Pontianak B pun terbang menuju ke arah perkampungan di tepi Hiway tersebut.

30 minit lepas tu .. Pontianak B pun balik dengan kesan darah kat idung dan mulut.

Pontianak B: Nkorang nampak tak kampung tu?

Pontianak A & C: Nampak .. nampak ..

Pontianak B: Habis satu kg aku bunoh .. 32 org semua sekali.

Pontianak A: Huyoo .. dasat nyer nko ..

Pontianak C: ek eleh .. 32 org jer .. nkorang tunggu ..

Dengan pantas nya Pontianak C terbang menuju ke sebuah kawasan perumahan di tepi Hiway tadi ...

Dok tak lama .. lebey kurang 5 minit .. ternampak Pontianak C berjalan menuju ke tempat depa dok lepak .. muka penoh dengan darah .. meleleh leleh ..

Terkejut Pontianak A & B dengan keadaan Pontianak C yg terhoyong hayang.

Pontianak A: dasat nyer nko??? baru 5 minit nko dah balik. Dah habis ke manusia nko bunoh?

Pontianak B: A ah .. so, berapa org semua sekali nko bunoh tadi?

Pontianak C terdiam dan mengambil nafas lalu berkata "Nkorang nampak tak tiang lampu kat situ?"

Pontianak A & B: nampak .. nampak

Pontianak A (dengan mata yg terbeliak): Huh!!! Aku tak nampak ....

Pontianak A & B: ?????

Bapak aku hebat Gila...

__
__

Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan,
ternampaklah tiga budak sedang bersembang.
Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan…

Budak A "Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa"
Budak B dan Budak C menjawab "Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan….

Budak A meneruskan cerita.. "Bapak aku jadi perejam lembing,
punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam,
bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing
itu jatuh ketanah "

"Itu tak heran" kata Budak B "Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk
sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru
keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru
tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling
cepat dalam bab lari ini” kata Budak C." Bapak aku kerja di Alor Setar tapi
tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang
bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari."

Tuesday, November 3, 2009

22 Vs 1....Siapa Menang???



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,
dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini.'

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan
perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku
menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu
bahwa saya seorang Muslim?'

Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda
Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. '

Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas
yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu
di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. ber-firman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. ' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ' tak ada cercaan terhadap kamu
semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah
s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.'
(Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? 'Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?' mendengar pertanyaan itu
lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya
pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak
berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar
menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya! '

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

GIlo Hebat...Lawan Kuasa Allah Ni.


WAJAH Cany Vossough pada 2005 (kiri) dan wajah terbarunya.


REZA VOSSOUGH

BERLIN - Seorang pakar bedah plastik di Jerman, Reza Vossough mendedahkan dia sengaja mengahwini wanita kurang cantik tetapi kemudian 'membina' semula kecantikan isterinya mengikut seleranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Vossough, 42, mengakui dia berbuat demikian semata-mata mahu menguji kehebatan sendiri sama ada mampu menukar isterinya, Cany, 33, menjadi seorang wanita yang cantik dan menggiurkan.
"Kali pertama bertemu dengan Cany, saya sedar kekurangan fizikal isteri saya. Namun, dia turut memiliki potensi untuk menjadi lebih menarik," katanya.
Dalam tempoh lima tahun, Vossough melakukan lapan pembedahan plastik untuk mengubah payu dara, paha, mata dan wajah isterinya.
Baru kini dia jatuh cinta dengan isterinya selepas berbelanja £18,000 (RM101,474) untuk semua pembedahan itu,
Payu dara Cany yang dahulunya bersaiz A kini bertukar lebih besar kepada F manakala wajahnya lebih cantik dan tubuh gempalnya pula menjadi langsing.
"Saya terkejut dengan kebolehan sendiri. Saya memiliki kepakaran untuk mengubah ciptaan Tuhan," kata Vossough yang melakukan pembedahan terhadap 1,200 orang setiap setahun.
Sementara itu, Cany yang dahulunya bekerja sebagai pelayan restoran kini menceburi bidang peragaan selepas memperoleh wajah dan bentuk tubuh baru. - Agensi

Monday, November 2, 2009

Perbezaan Iphon dan Istone....







hahahaha...betoi2..saya setuju beli mahal2 function kurang...hehehe.
sekadar nk bergaya je..
hehehe..lagipun batu pn boleh misscall ape..baling je batu tu kt kepala org..
kompem sedar..alarm pn boleh.

Sunday, November 1, 2009

Telefon...

__
__

Satu hari ketika baru saja tiba dari Subang,
Aku singgah sekejap di KLCC.Aku ada something
utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,
tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku
pun terus bergegas ke tandas kat level tu. Masuk
saja kat situ, aku tengok ada 3 bilik air. Satu
tu bertutup, so aku pegi yg disebelahnya.
Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

"Haa,camna sekarang ?" Aku bukan suka nak berbual
ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah cam mana, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??"

Iskk.. Aku mula rasa musykil skit.. Tapi aku kata
"Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata "Lepas aku sudah ni,
abis beli brg aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah
tu berkata "Wei, aku call ko balik lepas ni lah,
tiap kali aku tanya soalan kat ko,
mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Related Posts with Thumbnails