Saturday, February 6, 2010

Lawak Pendek..

Lawak pendek: Tipah tertipu lagi

Pada suatu pagi hari bekerja, dalam sebuah bas penuh sesak dengan penumpang. Semasa singgah di perhentian tiba-tiba naiklah Tipah seorang wanita muda yang cantik, seksi dan menggunakan pakaian yang boleh membuat nafsu lelaki naik turun.

Rizal salah seorang pemuda yang duduk ditengah bas tiba-tiba melambaikan tangannya kepada Tipah. Tipah dengan segera menghampiri tempat duduk Rizal dengan bersusah payah kerana penumpang bas tersebut memang padat.

Dengan tersenyum manis Tipah berharap tentunya Rizal akan memberikannya tempat duduk. Setelah sampai disebelah Rizal dengan selamba Rizal berkata “cik, berdiri saja disebelah saya ye!”

Lawak pendek: Datang Bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya ” Datang Bulan. ”

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.

Ali pun menjawab dengan selamba.” Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri.”


Isuhangat

Related Posts with Thumbnails