Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya IBU/MAK!!!

__
__

Selamat Hari Raya...maaf zahir batin...andai dapat ku nyatakan kepadamu kesalahan ku disebalik kepercayaan yang engkau berikan ini..aku rasa mungkin engkau xkan dapat menerima ku lagi.dan kau mungkin xakan menganggap aku sebagai anakmu lagi.bagaimana aku nk meminta maaf terhadap ibuku????perlukah aku berterus terang??atau sekadar memohon kemaafan tanpa sebab...ampunkan aku ibuku....aku mmg xmampu untuk berterus terang.tapi..

aku takot aku tidak mempunyai waktu yang cukup untuk aku memohon keampunan dari mu.ya Allah kuatkan hatiku.
aku takut ya Allah.aku keliru.
aku takut untuk berterus terang kerana aku takut ibuku akan kecewa.tapi aku lagi takut aku tidak sempat memohon keampunan darinya.aku perlukan kekuatan untuk berterus terang.tetapi aku belum cukup kuat untuk berterus terang.
terasa ingin melutut di kaki mu memohon kemaafan.

Semalam terasa seperti aku dimanjakan olehmu ibu. Walaupun kini aku mampu untuk berdikari.tapi kau melayan ku seolah-olah ini adalah kali pertama untuk ku merasa hari raya...

ya...kali pertama tanpamu disisiku ibu.engkau belikan aku bju baru.sediakan kuih-kuih raya untuk ku bukan sikit.boleh buat open house.

entah bagaimana untuk aku mulakan 7 sept 2009 genap umur mu 60 tahun.aku tiada disisimu.aku hampir terlupa.sedangkan hari lahir kekasihku tepat pkul 12mlm aku dah ucapkan selamat hari lahir.tapi...bila 7 sept aku betoi2 terlupa sehingga pukul 9pagi walhal malam sebelum itu engkau menalifonku untuk bertanya khabar.

ibu...emak....aku berharap engkau terus bernafas demi aku...berikan aku peluang untuk membalas cintamu.kasih sayangmu.pengorbanan mu.ya allah....panjangkan umur ibuku.berikan ku kekuatan untuk berterus terang terhadap kesalahan yang aku pernah lakukan terhadapnya..wanita tua ini telah melahirkan aku..membimbingkan.memberiku kasih sayang.tapi apa yang aku bls bila aku dewasa???apa yang aku mampu beri untuknya??ya allah bahagiakan ibuku..

ampun mak...mungkin ini alasan kukuh untuk aku xberaya disisimu tahun ini.
maafkan aku........aku xmampu untuk mengucapkan maaf zahir batin tapi dengan rasa bersalah.
biarlah aku jauh.sehingga sampai waktunya..mak jnji jangan pergi dulu tao!!

1 comment:

  1. "Kulli haq Walau Kana Muroo'"

    maksudnya " Berkata benarlah walaupun PAHIT"

    dipetik dari sumber : Al-Quran

    sekian

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails