__
__
ALOR STAR: Akad nikah kelmarin, namun semalam dimasukkan ke wad kerana sakit hendak bersalin adalah pengalaman dilalui seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Kedah dekat sini, apabila dikurniakan zuriat hanya sehari selepas bergelar isteri.
Kejadian menimpa remaja itu disebabkan dia terlanjur dengan teman lelaki berusia 19 tahun.
Difahamkan, remaja itu cuba menyembunyikan kandungan daripada pengetahuan keluarga, tetapi tidak bertahan lama apabila ibunya mengesan perubahan bentuk tubuhnya dan mendesaknya menceritakan perkara sebenar.
Sebaik mengetahui itu, keluarganya berjumpa keluarga teman lelakinya sebelum mereka mengambil keputusan menyelesaikan perkara itu secara baik dengan menyatukan kedua-dua remaja itu sebagai suami isteri.
Pasangan remaja itu disatukan pada minggu pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.
Sumber berkata, remaja perempuan itu kemudian mengadu sakit untuk bersalin hanya beberapa jam selepas majlis akad nikah dan dikejarkan ke sebuah hospital di bandar raya ini.
Menurutnya, remaja itu selamat melahirkan anak beberapa jam selepas dimasukkan ke bilik bersalin.
“Remaja itu dan anaknya dibenarkan pulang selepas keadaan ibu dan anak disahkan sihat,” katanya.
Difahamkan, ia bukan menjadi amalan atau prosedur mana-mana hospital di negara ini untuk melaporkan kes kelahiran anak luar nikah kepada pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam
Sunday, October 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment