Friday, December 11, 2009

Pantang Larang Ketika Berjimak...



Ingat.. kalau dah kahwin tu, jangan belasah je isteri tu ikut suka. Kita ni orang Islam.. Ada cara dan pantang larang tersendiri yang mana akhirnya memberi kebaikan pada diri kita juga. Siapa nak anak dia jadi macam David Cooperfield atau Chris Angle, sila langgar pantang no 10 yer..


Sabda Rasullah s. a. w. Wahai Ali! Peliharalah

wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya

dari Jibril a.s

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang

berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan

menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang

bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika

Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang

yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil

melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah

mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang

buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.

Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai

tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2

hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi

seorang yang suka meminta minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap

saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah

mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan

pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya

membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.

Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu

menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati

batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam

kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah

mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta

pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu

keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga

malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan

menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal

malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan

anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir,

sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat



Related Posts with Thumbnails

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails