Saturday, August 8, 2009

Nordin Mat Top Di Tembak Mati!!




Polis Jakarta membuat pengumuman telah berjaya membunuh orang yang paling dikehendaki di Indonesia dan Asia - Noordin Mat Top yang dipercayai menjadi perancang utama letupan Ritz Carlton dan JW Marriott hotel di Jakarta baru-baru ini.


Noordin Mat Top yang berasal dari Pontian Besar, Pontian, Johor dipercayai adalah pemimpin kanan Al-Qaeda Asia Tenggara.

Namun seorang pemerhati intelegent, Dyno Chressbon yang telah melihat foto jenazah meyakini jenazah bukan Noordin kerana berbeza dengan gambar Noordin yang disebarkan oleh pihak Polis.

Secara fizikal, ujar Dynno, jenazah memiliki dagu lebih lonjong jika dibandingkan sketsa wajah Noordin yang disebar polis yang wajahnya tirus.

Kita tunggu sahaja hasil ujian DNA yang dilakukan oleh Polis Indonesia samada benar-benar Noordin Mat Top telah tewas atau tidak.



Noordin Mat Top tewas

Rumah persembunyian Noordin Mat Top di Jawa Tengah

Noordin Mat Top tewas

Rumah Noordin Mat Top hancur akibat serangan.




PASUKAN polis Indonesia berdiri di luar rumah tempat persembunyian suspek pengganas di Temanggung, Jawa Tengah. Dalam serbuan yang dilakukan ke atas rumah tersebut lewat malam tadi, polis berjaya menembak mati dua suspek pengganas, menahan lima lagi serta merampas bahan letupan dan sebuah bom kereta.--fotoAP



IMEJ rakaman televisyen tempatan, TV One menunjukkan, polis anti pengganas Indonesia berada dalam kedudukan masing-masing ketika serbuan ke atas rumah tempat persembunyian anggota militan.--fotoAP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails