Tuesday, September 8, 2009

Doktor Gila Seks...

__
_

_
http://tigerbear.files.wordpress.com/2007/11/flying-squirrel.jpg


AMPANG: Seorang guru tadika yang bimbangkan kesihatan tupai terbang peliharaannya yang ‘demam’ membawanya ke sebuah klinik haiwan di Taman Melawati di sini, untuk menerima rawatan.

Sebaliknya, dia pula yang ‘dirawat’ doktor haiwan berkenaan apabila mendakwa payudaranya diraba dan dihisap.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun pada mulanya membawa haiwan peliharaannya itu untuk mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik berkenaan selepas suhu badan tupai berkenaan turun mendadak, Selasa lalu.

Sebaik diperiksa, doktor berusia 52 tahun itu meminta dia meletakkan haiwan terbabit di celah payudaranya bertujuan memanaskan badan tupai terbang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat doktor terbabit, hanya mengikut arahan diberikan lalu memasukkan haiwan berkenaan ke dalam bajunya.

“Bagaimanapun, doktor terbabit mengarahkan mangsa mengeluarkan semula haiwan berkenaan dari dalam bajunya untuk diberi ubat.

“Ketika menarik tupai terbang itu keluar dari bajunya, haiwan terbabit secara tiba-tiba tersangkut pada tali coli mangsa sebelum dia menyelak bajunya,” katanya.

Ketika menyelak baju untuk mengeluarkan haiwan itu, doktor terbabit ternampak payudara mangsa dan terus memuji kecantikan bentuk tubuhnya.

Doktor berkenaan kemudian dikatakan mula mengatur ‘ayat’ sambil memuji dan memberitahu mangsa mesti menjaga tubuh dan kecantikan payudara dimilikinya.

Menurutnya, secara tiba-tiba doktor itu menghampiri dan menyelak baju mangsa dan mendakwa kononnya mahu mengajar cara mengurut payudara.

“Ketika itu, doktor terbabit mengambil kesempatan meraba dan menghisap payudara mangsa.

“Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian cuba meronta melepaskan diri sebelum akhirnya dilepaskan doktor haiwan berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian mengambil tupai terbang miliknya dan cuba keluar dari klinik berkenaan, namun doktor berkenaan sekali lagi memeluknya dari belakang.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa bahawa dia tidak perlu membayar kos rawatan yang diberikan kepada haiwan peliharaannya itu dan sempat berpesan meminta mangsa datang lagi bertemunya.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan doktor berkenaan kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa baru dua minggu mengenali doktor haiwan berkenaan dan ini kali ketiga dia mendapatkan rawatan untuk haiwan peliharaannya itu.

Tupai terbang milik guru berkenaan bagaimanapun mati sejurus dibawa pulang.

Abd Jalil berkata, berdasarkan aduan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun, kira-kira jam 6 petang semalam di rumahnya bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Sumber: HMetro

2 comments:

  1. sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke dalam coli juga...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails