Sunday, September 6, 2009

Kaffarah atau Kifarat....

__
__
Terdetik seketika dihati apakah hukumnya melakukan persetubuhan di siang Ramadhan Al-Mubarak Bulan yang suci lagi mulia ini.Sekadar ingin mencari ilmu dan berkongsi oleh sesama Ummat islam sekalian mari kita renungkan.

Buat Suami Isteri Hukumnya Adalah Haram dan Jika xboleh tahan sangat.
Maka Wajib Membayar Kafarah atau kifarah.

ok itu saya tahu tapi tahukah saya apa itu kafarat dan apa yang perlu saya bayar??

Ini jawapan nya:

Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (al-Fath al-Bahri #1936):-

a. memerdekakan hamba
b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin

Menurut Imam Ahmad, perkara diatas ini berbentuk pilihan. Pilih salah satu darinya sudah mencukupi.

Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami istei di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha’.

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh. berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan keatasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [al-Mughni, 3/112].

Kesimpulannya, menurut Imam Syafie, hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha’ satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.

Rujukan : al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyam. Darul Wafa’, 1998.

al-ahkam

Dan itu bagi Suami Isteri Yang Sah.
bagi pasangan kekasih yang melakukan hubungan di siang Ramadhan erti kata Berzina di siang Ramadhan???

Ini Jawapan nya:

Berzina hukumnya haram dan dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain. Cuma melakukan zina di bulan Ramadhan lebih DIKEJI kerana pelakunya tidak menghormati bulan Ramadhan. Orang yang berzina di siang hari di bulan Ramadhan, batal puasanya dan ia bukan sahaja wajib mengqadha puasa hari itu, tetapi juga diwajib Kaffarah atasnya. Kaffarah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja. Orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan di samping ia wajib menggantikan puasanya yang terbatal itu, ia dikenakan pula denda berat oleh Syara’ iaitu mengikut urutan di bawah;


a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)
c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.


Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; Wajib diganti puasa, dan Wajib kaffarah atasnya.


Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga. Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.


Oleh itu Sekurang-kurangnya Hormati Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini...
Sama-sama lah kita menghayati..
Renung-renungkan selamat beramal........

Sumber: ilmudanulamak

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails