Tuesday, September 1, 2009

Kerja Gila....

__
__

MADISON: Seorang lelaki Connecticut melelong ibu bapanya di Internet sebagai bahan gurauan ketika dia bosan menghabiskan cuti hujung minggu dalam rumah kerana hujan.

Eksekutif insurans dari Madison, Michael Amatrudo, 51, menyatakan dalam iklan itu, dia banyak memanfaatkan ibu bapanya sejak 50 tahun lalu.

“Sekarang masa untuk berubah.

“Saya bersedia menerima tawaran AS$155 (RM542.50) atau menukarkan mereka dengan ibu bapa lebih muda, set mainan Erector atau wanita berambut perang seksi,” katanya.

Ekoran iklan itu, kata Amatrudo, dia mendapat berpuluh panggilan dari seluruh negara, termasuk mengenai kos penghantaran ibu bapanya.

Kata Amatrudo, ibu bapanya, Ed dan Arlene, tidak berkecil hati dengan guruannya itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails