Tuesday, November 3, 2009

GIlo Hebat...Lawan Kuasa Allah Ni.


WAJAH Cany Vossough pada 2005 (kiri) dan wajah terbarunya.


REZA VOSSOUGH

BERLIN - Seorang pakar bedah plastik di Jerman, Reza Vossough mendedahkan dia sengaja mengahwini wanita kurang cantik tetapi kemudian 'membina' semula kecantikan isterinya mengikut seleranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Vossough, 42, mengakui dia berbuat demikian semata-mata mahu menguji kehebatan sendiri sama ada mampu menukar isterinya, Cany, 33, menjadi seorang wanita yang cantik dan menggiurkan.
"Kali pertama bertemu dengan Cany, saya sedar kekurangan fizikal isteri saya. Namun, dia turut memiliki potensi untuk menjadi lebih menarik," katanya.
Dalam tempoh lima tahun, Vossough melakukan lapan pembedahan plastik untuk mengubah payu dara, paha, mata dan wajah isterinya.
Baru kini dia jatuh cinta dengan isterinya selepas berbelanja £18,000 (RM101,474) untuk semua pembedahan itu,
Payu dara Cany yang dahulunya bersaiz A kini bertukar lebih besar kepada F manakala wajahnya lebih cantik dan tubuh gempalnya pula menjadi langsing.
"Saya terkejut dengan kebolehan sendiri. Saya memiliki kepakaran untuk mengubah ciptaan Tuhan," kata Vossough yang melakukan pembedahan terhadap 1,200 orang setiap setahun.
Sementara itu, Cany yang dahulunya bekerja sebagai pelayan restoran kini menceburi bidang peragaan selepas memperoleh wajah dan bentuk tubuh baru. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails