Friday, August 14, 2009

Abah!!!

_____
_______
______
http://pemudasp.com/wp-content/uploads/2009/06/ayah-dan-anak.jpg


Orang tua kata, syurga dibawah telapak kaki ibu. Tetapi bagi aku, syurgaku adalah dari kasih
abah. Kasih abah yang abadi, dan tiada tolak gantinya.Dahulu, akulah anak kesayangan abah. Namun selepas kedua kakakku mengecapi kejayaan abah seakan2 menidakkan kehadiran aku. aku sering dibandingkan dengan kakakku. Kata abah, aku tak secerdik Kak Ila. Kak Ila pandai..itu..ini..Semuanya telah berubah. Sama sekali sudah berubah. Aku bukan lagi anak kesayangan abah…" kau nak makan apa dengan result macam ni?" sergah abah ketika abah melihat keputusan SPM aku." oklah tu bah.. 5 credit, boleh masuk U pun..


kalau tak pun boleh apply govt..kau apply jadi cleaner pun tak lepas"Aku tergamam. Sampai hati abah…"cuba kau lihat keputusan kakak2 kau dulu. Straight A.. engkau? Apa dapat?" abah menyergah aku lagi.Airmata aku menitis perlahan. Cepat2 aku lap." abah jahat! Abah tak sayang Awen lagi!!" aku meninggikan suaraku pada abah..PAP!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan ku. Terketar2 jari abah. Aku mengelap kesan darah yang mengalir dihidungku. Perasaan benciku semakin meluap2." Awen benci abah! Awen benciiiii!" aku lantas mengambil beg sandang Body Glove yang dihadiahkan oleh abah sempena harijadi aku tahun lepas." Awen..Awen.." sayup2 kedengaran suara abah memanggil aku. Namun atas dasar ego aku terus berlari dan ingin melepaskan segala masalah.Sehingga jam 12 tengah malam barulah aku kembali semula ke rumah. Aku sangkakan abah sudah tidur. Perlahan2 aku membuka pintu.


Dan serta merta itu juga lampu ruang tamu terang berderang. Aku kaget."Abah.." abah sedang duduk di sofa. Tajam sekali matanya. Usai aku menutup pintu aku terus sahaja melangkah ingin meninggalkan abah.." Duduk Awen. Abah ingin katakan sesuatu.." lembut sekali tutur kata abah. Namun sayang, aku memang seorang anak yang degil. Aku terus sahaja berlalu meninggalkan abah. Aku dengar abah mengeluh…Jam 2 pagi aku terjaga. Terasa badanku sudah lencun dengan peluh. Aku berkira-kira untuk menuju ke tingkat bawah untuk meminum air.Ketika kakiku melangkah ke anak tangga terakhir aku mendengar seperti suara tangisan. Sayup-sayup kedengaran. Aku cuba mencari dari mana arah bunyi tangisan itu. Aku melangkah ke ruang tamu dan aku melihat Abah.Abah?" Aku agak terkejut.. apa abah buat pagi2 mcm ni. Abah belum tidur lagi ker?Aku menghampiri abah. Aku melihat seperti abah memegang sesuatu.Bingkai Gambar!! Tapi gambar siapa?..Aku melangkah lagi dan kini aku betul2 berada tepat dibelakang abah. Aku teragak2 untuk menegur abah. Tapi yang pasti tiada lagi suara yang kedengaran. Sayup2 tangisan dari abah juga sudah tiada.Aku memegang bahu abah.........



>>Read More

1 comment:

  1. bro cte ttg dri sendri ker?
    ltk ler chat bro...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails