Wednesday, August 12, 2009

Stesen televisyen siar pengakuan seks ditutup!




RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan pejabat stesen televisyen Lubnan, LBC di Jeddah ditutup selepas menyiarkan temubual pengakuan melakukan seks oleh seorang lelaki tempatan.


Mazen Abdul-Jawad, 32, ditahan di Jeddah bulan lalu selepas beliau menceritakan pengalaman seksnya kepada wartawan LBC.

Beliau yang ditemubual di dalam kamar tidurnya turut memberi pandangan bagaimana pasangan suami isteri boleh meningkatkan keseronokan melakukan seks.

“Semuanya berlaku di dalam bilik ini,” katanya kepada hos rancangan Ahmar Bilkhat al-Areed.

Beliau kemudian menerangkan teknik dan tipu daya untuk memikat wanita yang ditemui di Jeddah.

Mazen kini didakwa mempromosi zina dan mungkin dijatuhkan hukuman mati.

Jurucakap Kementerian Budaya dan Maklumat di Riyadh menyatakan, satu jawatankuasa khas memutuskan untuk menutup ibu pejabat LBC di Jeddah kerana menyiarkan temubual itu.

Akhbar al-Watan pula melaporkan, beberapa pejabat cawangan LBC di negara itu turut ditutup.

Syarikat itu dimiliki bilionair Saudi, Putera Alwaleed bin Talal. - Reuters

1 comment:

  1. aper la cte camtu pun nak cte kat org...
    konon die terer main ler tuuu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails