Wednesday, August 12, 2009

Lawak Keras!!

Sengal1

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya:

” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
macam orang lain?”

“Dah tentu, ” jawab doktor.

“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan
riang.


Sengal2


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan
terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…


Sengal selingan.

Pada satu petang tiga orang budak bermain sorok2. Dua orang menyorok dan seorang lagi mencari kedua rakannya. Dua orang budak menyorok di belakang bilik air dan kebetulan ketika itu seorang wanita sedang mandi berbogel. Secara tak sengaja dua orang budak ini ternampak wanita tersebut. Beberapa minit kemudian salah seorang drpd budak itu menjerit dan lari lintang pukang. Setelah jauh dari tempat itu kawannya bertanya

“Mengapa engkau lari??..”

“Uuuhh..mak aku pernah cakap kalau kita mengintai perempuan mandi nanti kita kena sumpah jadi batu. Masa kita tengok perempuan tadi aku rasa ada benda keras, sebab itulah aku lari…,”jawabnya.



>>Lagi Lawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails