Thursday, August 20, 2009

Rawatan Kembalikan Dara???

___
___

Rawatan vagina

Salah satu rawatan kecantikan yang dilihat menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai ialah vaginoplasti laser.

“Masih ramai yang belum mengetahui tentangnya atau ada pihak yang merasakan ia terlalu sensitif untuk dibincangkan,” beritahu beliau.

Menurut Dr.Alice, rawatan itu dapat membantu wanita mengatasi situasi seperti kesan jahitan selepas bersalin yang meninggalkan parut yang hodoh, vagina yang longgar atau masalah teknikal seperti bibir luar vagina menggelebeh yang menyebabkan hubungan seksual seorang wanita sesuatu yang menyakitkan.

“Ada juga wanita yang belum berkahwin tetapi mahu ‘mengembalikan’ dara mereka melalui rawatan ini kerana hendak berkahwin.

“Jadi rawatan kecantikan ini sangat peribadi sebenarnya,” dedahnya yang menjadi pelopor untuk terapi keremajaan dan antipenuaan kulit yang menggunakan faktor pengembangan autologous (AGF) yang didatangkan daripada sel darah atau lemak pesakit sendiri melalui rawatan sedut lemak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails